Bangi, 28 November 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi ILIM 2024 (MAI 2024) pada 28 November 2024 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir ILIM, Bangi, Selangor. Ucaptama perasmian dan penganugerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaime, Ketua Pengarah JAKIM.
Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 dan Penolong Pegawai hal Ehwal Islam Gred S29 seramai 97 orang yang telah berjaya menamatkan Program Eksekutif Pengurusan Hal Ehwal Islam (PEPHEI) Siri 1/2024 pada 6 Mei hingga 7 Jun 2024 yang lalu.
Dalam ucapan perasmian MAI 2024, YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaime menyatakan “Dalam kerangka Malaysia MADANI yang menekankan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan, JAKIM berfungsi sebagai peneraju utama dalam menerapkan prinsip-prinsip ini ke dalam Dasar Pentadbiran negara dan kehidupan masyarakat. Saudara-saudari yang diraikan hari ini adalah sebahagian daripada barisan tenaga yang akan membawa visi ini ke hadapan”.
Turut diadakan juga penyampaian Anugerah Khas aitu Anugerah Ketua Pengarah JAKIM, Anugerah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM dan Anugerah Pengarah Kanan ILIM.
Hadir bersama di majlis ini YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, JAKIM, YBhg. Dato' Haji Zamani Ahmad Mansor, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan YBrs. Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan, ILIM.
Adalah menjadi harapan ILIM agar kursus-kursus yang dilaksanakan menerusi Pelan Latihan JAKIM akan dapat membangunkan modal insan yang terlatih, berpengetahuan, berkemahiran, mempunyai sahsiah yang tinggi, berintegriti dan mempunyai jiwa Rabbani.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima sijil dan penerima anugerah khas!!!!