Bangi, 13 November 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah berjaya menganjurkan Kursus Application of AI for Training Service Provider selama dua hari, bermula pada 12 hingga 13 November 2024. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 35 orang pegawai ILIM dari Kampus Utama Bangi, Kampus Jelebu dan Kampus Besut.
Matlamat utama kursus adalah untuk meningkatkan kompetensi pegawai dalam mengaplikasikan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI), sekali gus meningkatkan tahap kecekapan dan inovasi dalam pelaksanaan perkhidmatan latihan yang lebih berkesan.
Sepanjang kursus, Puan Salwa binti Mohd Saleh daripada Salampro Solution telah berkongsi kepakaran serta pengalaman beliau dalam penggunaan pelbagai AI Tools yang relevan dengan keperluan semasa antaranya ChatGPT, Gamma, Microsoft Copilot, Turboscribe, Bing AI, Remaker AI, Canva, dan lain-lain. Setiap AI Tools diperincikan fungsinya serta cara mengaplikasikannya dalam tugas harian untuk meningkatkan produktiviti dan efisiensi kerja.
Diharapkan kursus ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta terhadap teknologi AI tetapi juga menginspirasi kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan perkhidmatan latihan.