Program Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PKPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Kursus Aliran Pemikiran bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu selama 3 hari 2 malam, bermula pada 25 – 27 Oktober 2024 yang lalu. Kursus ini mensasarkan jemputan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Kader JAKIM, penjawat awam, Imam-imam Kariah/Rawatib dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di sekitar daerah pantai timur Sabah.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan berkenaan aliran pemikiran Islam dan sejarah kewujudan aliran-aliran pemikiran yang pelbagai di samping penjelasan isu, cabaran dan pengaruh pemikiran Islam kepada umat Islam seluruhnya. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman yang tuntas dan mendalam tentang pemikiran Islam dengan mengemukakan aliran-aliran yang sejajar dengan kehendak syarak dan aliran yang terpesong daripada Islam.
Pelbagai slot menarik dengan variasi tajuk yang pelbagai telah dibentangkan dalam kursus ini oleh penceramah yang sangat berpengalaman dan tidak asing lagi. Antaranya, Aliran Pemikiran Dalam Islam; Suatu Pengenalan, Sejarah & Perkembangan Aliran Pemikiran Islam, Islam & Pemikiran Zaman Awal & Kontemporari, Ajaran Agama & Kepercayaan Di Malaysia; Kerangka & Prinsip Asas, Aliran Pemikiran Barat Moden, Isu-Isu Semasa Pemikirin Islam, Isu-Isu Semasa Akidah Di Malaysia, dan Cabaran & Ancaman Pemikiran Yang Menyeleweng Terhadap Institusi Agama.
Kursus ini diakhiri dengan penyampaian sijil sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan oleh Ustaz Hamid bin Sabran, wakil ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM. Semoga kursus yang dianjurkan ini memberi 1001 impak dan kesan positif kepada para peserta sekali gus meningkatkan kefahaman dalam mendepani pelbagai aliran pemikiran yang muncul saban waktu.