BANGI, 17 Oktober 2024 – Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Puan Nor Safina Zainal, hari ini menerima kunjungan hormat dari YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bersama Pegawai- Pegawai Kanan dari Agensi- Agensi Kerajaan di Pulau Pinang.
Sesi pertemuan dan perbincangan ini bertujuan membincang serta memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai aspek antara ILIM bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya dalam pengurusan perkhidmatan hal ehwal Islam.
Delegasi juga turut dibawa melawat Galeri Falak Syeikh Abdul Aziz An-Nayyiri , Falak Competency Training Centre (FALCOM), ILIM yang berkonsepkan inovasi dan kreativiti memaparkan 5 seksyen utama iaitu seksyen falak alam melayu, seksyen takwim hijri, seksyen arah kiblat & waktu solat, seksyen objek samawi serta seksyen artifak & audio visual.