Bangi, 10 September 2024 - Telah berlangsung Wacana Kelestarian Muamalat 2024, bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut latihan Islam Malaysia, Kampus Utama Bangi bermula dari 8.00 pagi - 1.00 tengah hari anjuran Program Pengurusan Hal Ehwal Islam.
Objektif wacana ialah untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan pelaburan dan menjauhi scammer.
Barisan panel wacana ialah YBrs. Puan Hajjah Rohani bt Datuk Mohd Shahir, Pengasas dan Perunding Utama Hijrah Wealth Management, YBrs. Puan Salwa binti Saleh, Pengasas SalamPro Solutions, Asp Mohd Sa'adon bin Sabirin, Peg Penyiasat Jenayah Pelaburan Bersindiket Jawatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.
Antara tajuk telah yang dibincangkan ialah Pelaburan Bijak Patuh Syariah, Artificial Intelligent (AI) Dalam Pelaburan Masa Kini dan Waspada Jerat Scammer.
Peserta wacana seramai 230 orang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Agensi-agensi di bawah YB Menteri (Hal Ehwal Agama), penjawat awam dan masyarakat.
Antara kandungan yang telah difokuskan dalam wacana tersebut adalah tips mempelbagaikan pelaburan untuk mengurangkan risiko. Risiko merupakan sebahagian daripada pelaburan. Walau bagaimanapun, terdapat cara untuk menguruskan risiko dalam portfolio pelaburan.
Cara paling mudah adalah melalui:
• Kepelbagaian - ini bermakna meletakkan wang dalam pelbagai jenis pelaburan - anda boleh membantu mengurangkan risiko kerugian wang. Satu pelaburan mungkin mengalami kerugian nilai, tetapi kerugian tersebut boleh diselamatkan melalui pelaburan lain, antaranya emas, saham, amanah saham, Investment Linked Takaful, Hartanah dan lain-lain.
• Peruntukan aset - melibatkan pembahagian portfolio pelaburan di antara kategori aset yang berbeza-seperti stok, bon, dan wang tunai. Cara mudah untuk mempelbagaikan pelaburan adalah melabur wang dalam dua kelas aset yang berbeza seperti dana unit amanah dan dana dagangan bursa (ETF). Kedua-dua produk ini biasanya mempunyai sejumlah besar saham dan pelaburan lain dalam dana, menjadikan kedua-duanya kelebihan dari segi kepelbagaian stok.
• Melabur adalah sesuatu yang boleh dilakukan pada hari ini, esok atau apabila rasa sudah bersedia. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan nilai wang dalam tempoh masa yang tertentu melalui pulangan dari kesan kompaun-ini berpotensi untuk menambah daya beli wang pada masa akan datang dan membantu anda bersara dengan selesa.
• How AI is used in Investment?
• AI can analyze data from various sources like financial reports, news, or social media. Example - Sentiment Analysis
AI can analyze thousands of data points in real-time to help investors make better decisions
• AI Advantages:
AI can process information faster than humans
Doesn’t make mistakes easily
Can handle vast amounts of data.
Remember!
• Don’t trust unrealistic promises from AI. Always do research before investing in new technologies.
• Waspada jerat scammer
Scam: iaitu satu bentuk jenayah penipuan siber yang menjerat mangsa sehingga terpedaya dan akhirnya mengalami kerugian ratusan ribu ringgit ;
Boleh berlaku 2 perkara
Telekomunikasi - website, aplikasi, media sosial - fb, telegram, whatsapp, instagram, telco, artificial intelligence (ai).
Perbankan - transaksi online, e-wallet, qr code, mule account, kripto.
ILIM mengharapkan dengan adanya kesedaran melalui wacana ini membantu banyak pihak dalam memahami konsep pelaburan dan waspada dengan scammer pelaburan.