WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 09 September 2024 – Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Puan Nor Safina Zainal, hari ini menerima kunjungan hormat dari rangkaian Pusat Islam dari Institusi Pengajian Tinggi Awam iaitu dari Universiti Sains
 
Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di ILIM Kampus Utama Bangi.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh Tuan Mohammad Shukri Osman, Pengarah Pusat Islam USM bersama Pegawai-Pegawai Kanan dari Pusat-Pusat Islam dari IPTA.
 
Sesi pertemuan dan perbincangan ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik dalam pelbagai aspek antara ILIM bersama Pusat Islam IPTA bagi pelaksanaan dan penambahbaikan pembangunan modal insan perkhidmatan hal ehwal Islam di Malaysia.
 
Delegasi juga turut dibawa melawat Galeri Falak Syeikh Abdul Aziz An-Nayyiri , Falak Competency Training Centre (FALCOM), ILIM yang berkonsepkan inovasi dan kreativiti memaparkan 5 seksyen utama iaitu seksyen falak alam melayu, seksyen takwim hijri, seksyen arah kiblat & waktu solat, seksyen objek samawi serta seksyen artifak & audio visual.