WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 04 September 2024 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Program Pengurusan Hal Ehwal Islam telah melaksanakan Kursus Pengukuhan Perundangan Syariah. Kursus ini telah berlangsung selama dua (2) hari bermula pada 03 September hingga 04 September 2024.
 
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai konsep, prinsip dan asas perundangan serta kesedaran berkaitan pemakaian undang-undang syariah di Malaysia.
Seramai 30 orang peserta telah hadir bagi menjayakan kursus ini yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Awam pelbagai skim perkhidmatan dan gred daripada negeri-negeri seluruh Malaysia.
Tiga orang tenaga pakar dalam bidang perundangan telah dijemput dalam berkongi maklumat dan pengetahuan bersama-sama dengan peserta. Mereka adalah Tuan Mohd Ridzwan bin Ghazali, Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Puan Tuan Sara Waheeda binti Tuan Dir, Pegawai Syariah Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Puan Siti Nor Hashibah binti Jamhari, Ketua Seksyen Rayuan, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.
 
Sementara penceramah daripada ILIM iaitu Puan Zaedah binti Abu Bakar, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Perundangan Islam, Program Pengurusan Hal Ehwal Islam.
Antara tajuk-tajuk yang telah disampaikan dalam kursus ini adalah berkaitan Pengenalan Sistem Perundangan Syariah di Malaysia, Pemahaman Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam, Pemahaman Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah, Pemahaman Undang-Undang Kawalan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam dan Pemahaman Undang-Undang Keluarga Islam.
 
Harapan ILIM agar kursus ini mencapai objektif yang disasarkan dan berupaya melahirkan Pegawai Perkhidmatan Awam yang cakna dan berpengetahuan dalam Undang-Undang Syariah di Malaysia.