29 Ogos 2024 : Pembahagian harta pusaka dalam hukum Faraid merupakan satu tindakan penting yang akan memastikan harta pusaka disalurkan dengan adil dan saksama kepada ahli waris yang berhak menerimanya.
Ia bertujuan untuk membantu keluarga daripada bertelingkah serta menyelamatkan harta pusaka dari keadaan tidak dapat diuruskan.
Hukum Faraid juga memastikan bahawa hak-hak ahli waris yang lemah dan tidak berdaya dilindungi, seperti hak-hak anak kecil dan isteri (balu) yang ditinggalkan oleh suami yang telah meninggal dunia.
Hukum Faraid ini adalah ketentuan Allah S.W.T yang telah menetapkan siapa yang berhak mendapat bahagian Faraid dan berapa bahagian Faraid yang waris-waris akan diterima setelah berlakunya kematian seseorang.
Bagi tujuan tersebut, ILIM telah menyediakan platform kursus bagi menyediakan pelapis di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Malaysia (JAIN), Majlis Agma Islam Negeri (MAIN) dan pelbagai agensi kerajaan pada 27-29 Ogos 2024.
Pengisian slot kursus telah dijayakan oleh beberapa orang penceramah iaitu:
I. Pn. Zaidah binti Latiff, Pertubuhan Perunding dan Pengamal Faraid Malaysia (PPFM)
II. Pn. Wan Esma binti Wan Ahmad, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
III. En. Ahmad Rizal bin Muhammad Arif, Pertubuhan Perunding dan Pengamal Faraid Malaysia (PPFM)
IV. Dr. Mohd Zamro Muda, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
V. Pn. Kamisah Salikin, Politeknik Nilai
VI. Tn. Haji Muhammad Faizal bin Zainal Abideen, Pertubuhan Perunding dan Pengamal Faraid Malaysia (PPFM)
VII. Tn. Mohd Azlan bin Abdul Rahman, Pertubuhan Perunding dan Pengamal Faraid Malaysia, (PPFM)
VIII. Tn. Habibullah bin Mohd Ali, Pertubuhan Perunding dan Pengamal Faraid Malaysia (PPFM)
IX. Dr. Jaharudin Padli, Pertubuhan Perunding dan Pengamal Faraid Malaysia (PPFM)
Kursus ini telah dihadiri seramai 45 orang yang terdiri dari kalangan pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, JAIN, MAIN dan pelbagai agensi.
Objektif utama kursus tersebut adalah untuk memberi kefahaman dan kemahiran serta melahirkan pegawai yang menjadi rujukan dalam bidang pusaka Islam.
Antara tajuk dan aktiviti yang dibincangkan:
1. Undang-undang Pentadbiran Pusaka di Malaysia
2. Pengenalan Faraid Sebagai Ilmu Pusaka Islam
3. Waris Dalam Perundangan Faraid
4. Kaedah Pengiraan Faraid
5. Sharing session
6.Isu-isu Pengiraan Faraid
7. Pentadbiran & Inovasi berkaitan Faraid
8. Pembahagian & Isu Pengurusan Tanah Adat
9. Kaedah Mengenalpasti Masalah 1 Kumpulan Hingga 4 Kumpulan
10.Kaedah Memahami Carta Waris (Waris Fardu Dan Asabah)
11. Pengenalan, Konsep Dan Kaedah Penyelesaian Munasakhat Secara Manual
12. Pengenalan, Konsep Dan Kaedah Penyelesaian Munasakhat Menggunakan Microsoft Office (Excel)
ILIM mengharapkan agar pelaksanaan kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya untuk melahirkan pegawai rujukan yang berkemahiran dalam bidang pengurusan harta pusaka.