Seremban, 02 Ogos 2024 – Sebagai tanda hubungan akrab yang sedia terjalin antara Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dalam pelbagai program, Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina Zainal bersama Pengurusan ILIM telah mengadakan kunjungan hormat yang disambut baik oleh YB Sohibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Faudzinaim bin Badaruddin, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bersama pihak Pengurusan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan merupakan rakan strategik ILIM yang seringkali bersama-sama dalam program-program latihan yang dianjurkan oleh ILIM.
Kunjungan hormat ini juga memberi peluang kepada pengurusan ILIM dan Jabatan Mufti untuk saling mengenali dan mempromosikan ILIM sebagai institusi yang menyediakan perkhidmatan latihan dalam pengurusan hal ehwal Islam kepada Pegawai Hal Ehwal Islam khususnya dan kakitangan Kerajaan umumnya bagi melahirkan penjawat awam yang kompeten duniawi dan ukhrawi.
Semoga pertemuan ini dapat berkongsi maklumat dan input serta pandangan ke arah penambahbaikan program pembangunan modal insan berpacukan latihan Islam ke atas sektor awam di Malaysia.