Bangi,17 Julai 2024- ILIM dengan jayanya telah mengadakan Kursus i-Sign OKU Pendengaran (Ibadah) yang diadakan di Bilik Kuliah Al-Bukhari Blok Akademik B , Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi.
Kursus yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 15 Julai 2024 hingga 17 Julai 2024 dianjurkan oleh Seksyen Tarbiyah dan Tadribiyah (ILIM) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Seramai 35 orang peserta terdiri dari warga JAKIM,JAIN,MAIN,KPM,JKSM dan pelbagai jabatan lain berkaitan telah menyertai kursus ini yang menyasarkan kakitangan yang kerap berhadapan dengan warga OKU Pendengaran.
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta mengenai istilah-istilah ibadah dan kaedah asas komunikasi dengan komuniti orang kelainan upaya (OKU) pendengaran, kemahiran penggunaan Bahasa Isyarat dalam pendidikan Islam berkaitan perlaksanaan ibadah fardu ain serta menanam kesedaran kepada peserta mengenai tanggungjawab dakwah kepada komuniti OKU pendengaran dalam perlaksanaan ibadah seharian.
Kursus ini dipimpin oleh Dr. Haji Norakyairee bin Mohd Raus dan Tuan Noordin bin Hassan juga dibantu oleh 4 orang fasilitator iaitu Cik Siti Ramna binti Khamaruddin, Puan Nur Amalina binti Azhar, Siti Rahmah binti Ahmad Razuan dan Cik Nurnajiyah binti Mohd Yusof dari Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut memberi pengajaran dalam bentuk latihan dalam kumpulan (LDK) pada hari kedua dan ketiga kursus tersebut. Antara faktor kepentingan Bahasa Isyarat adalah ianya merupakan medium komunikasi yang dilakukan melalui pergerakan badan, tangan, bibir dan mimik muka bagi menyampaikan sesuatu maklumat. Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) merupakan bahasa rasmi bagi orang pekak di Malaysia.
Bahasa ini juga telah termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685). Semoga para peserta akan memanfaatkan ilmu yang diperolehi dari Kursus i-Sign OKU Pendengaran (Asas,Akidah dan Ibadah) sebagai satu ilmu yang bermanfaat serta boleh mempraktikkan di jabatan masing-masing.