WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 11 JULAI  - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Pendidikan Kepenggunaan Halal  pada 9 hingga 11 Julai 2024 di Bilik Al Khawarizmi Aras 1 , Blok Akademik B, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah disertai seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam , Jabatan Agama Islam Negeri-negeri , IPTA,Kementerian dan lain lain agensi.

Pelaksanaan kursus ini berobjektifkan bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran peserta mengenai pengurusan dan kesedaran berkaitan kepenggunaan halal di Malaysia. Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini dikendalikan oleh Puan Roshayati binti Mat Zin, Dr.Aizam bin Mas’od, Puan Afzatul Afzan binti Abu Bakar dari BPH JAKIM, Encik Muslimun bin Md Yusof dari KPDNHEP,Puan Mas Imelia binti Mohd Khalid dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Puan Shazlina binti Mohd Zaini dari Cawangan Standard dan Codex Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara perkara-perkara yang diberi penekanan ialah berkaitan Pengenalan Pensijilan Halal Malaysia,Konsep Kepenggunaan , Isu isu Semasa dan Fatwa berkaitan Halal, Standard dan Garis Panduan Industri Halal, Pengauditan ,Pemantauan dan Penguatkuasaan Halal, Program Jaminan Keselamatan Makanan dan juga Pengenalan Bioteknologi,GMO dan Transgenik.

Semoga kursus yang telah dijalankan ini mampu meningkatkan dan mengukuhkan lagi pengetahuan dan kompetensi sebagai seorang auditor dalam pemeriksaan rumah  sembelih dan loji pemprosesan produk berasaskan haiwan dalam dan luar negara.