WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 9 Julai 2024 - Pembacaan Hadis Imam Nawawi bersama Prof Dr. Ali

Muhealdin Al-Qaradaghi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia yang juga merupakan Tokoh Antarabangsa Ma’al Hijrah 1446/2024 julung kali telah diadakan di ILIM diharap dapat meningkatkan kefahaman warga ILIM berkaitan Hadis 40 Imam Nawawi.

Inisiatif penganjuran program ini sangat bertepatan dengan keadaan semasa yang memberi keutamaan kepada pembentukan sahsiah dan keperibadian yang mulia.

Program ini juga merupakan komitmen pengurusan ILIM yang berterusan ke arah memartabatkan pembangunan modal insan yang berilmu, beriman dan beramal soleh di kalangan warga ILIM.

Hadir sama Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM bersama barisan pengurusan tinggi ILIM.

Prof Dr. Ali juga turut dibawa melawat ke Falak Competency Training Centre (FALCOM), ILIM yang berkonsepkan inovasi dan kreativiti memaparkan 5 seksyen utama iaitu seksyen falak alam melayu, seksyen takwim hijri, seksyen arah kiblat & waktu solat, seksyen objek samawi serta seksyen artifak & audio visual.