WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 5 Julai 2024 - BAGI kakitangan awam terutama dalam skim perkhidmatan hal ehwal Islam bahasa kebangsaan adalah menjadi bahasa utama dalam urusan pekerjaan dan seharian. Namun tidak dinafikan bahasa inggeris yang mengikut maklumat dari Wikipedia Bahasa Inggeris ialah bahasa Jermanik Barat yang merupakan bahasa dominan di United Kingdom, Amerika Syarikat, kebanyakan negara Komanwel termasuk Australia dan Kanada, dan bekas koloni British yang lain. Ia juga ialah bahasa dominan atau bahasa rasmi di kebanyakan negara yang dahulunya di bawah pemerintahan British.

Bahasa Inggeris kini ialah yang keempat (atau kebarangkalian ketiga bergantung kepada sumber) yang paling banyak bahasa asli yang dituturi di seluruh dunia (selepas Cina, Hindi dan secara pertikaian Sepanyol), dengan kira-kira 380 juta penutur. Bahasa Inggeris juga ahli dominan bahasa Jermanik. Ia mempunyai status lingua franca di kebanyakan bahagian di dunia, dianggap berpunca daripada ketenteraan, ekonomi, sains, politik dan pengaruh budaya dari Empayar British pada abad ke-18, 19 dan awal abad ke-20 dan demikian di Amerika Syarikat dari awal abad ke-20 hingga kini.

Dengan mengambil kira kepentingan berbahasa inggeris dikalangan warga perkhidmatan hal ehwal Islam, Seksyen Tarbiyyah dan Tadribiyyah Program Pembangunan Insan telah menganjurkan Kursus Communicative English for Islamic Affair Professionals yang berlangsung selama 4 hari bermula 2 Julai 2024 hingga 5 Julai 2024.

Kursus yang antara objektifnya mengasuh kemampuan peserta untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan lebih baik dan lancar serta melatih peserta berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan fasih dan yakin menggunakan intonasi bahasa yang tepat telah dihadiri oleh 20 orang peserta terdiri dari 13 orang pegawai dan 7 orang dari kumpulan sokongan telah berlansung di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun Blok Akademik A ILIM Kampus Utama Bangi.

Penceramah pula dijemput khas dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa iaitu YBrs.Dr Munirah binti Hanafi, Ketua Jabatan Perancangan,Penyelidikan & Inovasi,YBrs.Dr Noorazi bin Rani, YBrs.Dr Noor Asma Iffah binti Zakaria,Encik Mohd Azmanuddin bin Azman dan Encik Mohd Irman bin Harun juga dari Jabatan Perancangan,Penyelidikan & Inovasi, Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan dan kemahiran menyeluruh kepada para peserta khususnya dalam aspek kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan penguasaan yang betul dan tepat.