WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

04 Julai ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ4 / 27 Zulhijah ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’5๐‡ - Institut Latihan Islam Kampus Utama Bangi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Seksyen Pembangunan Sahsiah dan Organisasi, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) dengan Kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Besut telah menganjurkan Program Transformasi JAKIM Siri 1/2024 kepada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM (Gred S44).

Program ini diadakan pada 2 hingga 4 Julai 2024 (Selasa-Khamis) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Besut (IKB). Objektif kursus ini adalah untuk memperkukuhkan semangat kerja berpasukan serta profesionalisme peserta dalam mendokong agenda kerajaan dan perkhidmatan hal ehwal Islam amnya.

Program ini telah dikendalikan sendiri oleh para fasilitator ILIM. Antara pengisian program ini ialah slot ice breaking, semarak ukhwah, pembangunan kumpulan, pembentangan kumpulan, terkenang semasa dahulu, master plan master chef sejiwa dan menara impian transformasi.

Selain itu, Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina binti Zainal turut menyampaikan pengisian dalam slot โ€œDiskusi Transformasi dan โ€œSharing Sessionโ€. Manakala Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam, Ustazah adawiah binti Lias turut menyampaikan pengisian dalam slot โ€œReflection Sessionโ€.

Sepanjang mengikuti program ini peserta telah memperoleh pengetahuan, pengalaman, kepakaran serta turut didedahkan dengan aktiviti outdoor yang dapat memantapkan mental, jasmani dan rohani ke arah pengukuhan sahsiah dan jati diri, ukhuwwah, keakraban dan budaya kerja berpasukan warga JAKIM.

Semoga penganjuran program ini dapat menjadi satu titik tolak ke arah proses penambahbaikan dalam organisasi dari aspek hubungan dan komunikasi. Peningkatan kualiti kerja merupakan satu usaha memartabatkan organisasi supaya menjadi lebih mantap dan bermutu, seterusnya memperkukuhkan kecemerlangan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia. Penutupan program disempurnakan oleh Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.

ย