WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 27 JUN 2024 -Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Pembangunan Insan (PPI) telah menganjurkan Kursus Penulisan Deep Dakwah pada 25 hingga 27 Jun 2024 bertempat di Bilik Al-Bukhari dan Perpustakaan ILIM.

Kursus ini dihadiri oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam serta Pegawai Perkhidmatan Awam pelbagai skim dari seluruh Malaysia.

Kursus ini diadakan bertujuan bagi memberi dan menambah ilmu pengetahuan mengenai kaedah penulisan yang berimpak tinggi, meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti dan melahirkan penulis kreatif dakwah yang menepati selera sasaran semasa.

Pelbagai tajuk yang telah dikupas dalam kursus kali ini antaranya "Menguasai Formula Penulis, Penulisan dan Penerbitan, "Merangkaikan Idea Dalam Fikiran Kaedah Kawakita Jiro", "Menulis dan Menyunting Tulisan Menggunakan Kaedah FJMG", "Kaedah Membina Proposal Buku Untuk Cadangan Penerbitan" dan lain-lain. Latih amal dan lawatan industri ke rumah penerbitan Jejak Tarbiyah, Jejak Kopi dan Buku turut dilaksanakan agar teori yang dipelajari dapat diperkukuhkan serta diberi suntikan semangat melalui aktiviti ini.

Kursus ini menampilkan En Zamri bin Mohamad, seorang penulis buku, pembimbing penulisan buku dan aktivis buku, sebagai penceramah dan pembimbing kursus.

Semoga kursus ini dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran peserta dalam melaksanakan dakwah melalui penulisan serta melahirkan pempengaruh penulis Islam yang berkompeten.