WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 27 Jun: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah mengadakan Kursus Kemahiran Membuat Keputusan dan Penyelesaian Masalah pada 25 – 27 Jun 2024 (Selasa – Khamis) bertempat di Bilik Ibnu Khaldun, ILIM.

Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan mengenai asas keperluan untuk membuat keputusan, meningkatkan kefahaman terhadap pendekatan menganalisa proses dalam membuat keputusan serta memberi pendedahan teknik pemikiran kreatif dan analitikal dalam membuat keputusan.

Seramai tiga (3) orang penceramah telah diundang untuk berkongsi ilmu dan kemahiran dalam kursus ini iaitu YBrs. Dr. Kalsom binti Ali, YBrs. Dr. Nurhafizah binti Mohd Sukor dan YBrs. Dr. Nik Suhaida binti Nik Abdul Majid dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Tahniah kepada 42 orang peserta yang telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam Gred 41 dan ke atas dari JAKIM/JAIN/MAIN/Agensi di Bawah Menteri/KAGAT.

Diharap objektif kursus ini dapat dicapai serta diimplementasikan dalam kehidupan seharian dan dalam bidang kerjaya.