WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 26 JUN - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Pengukuhan Auditor Pemeriksaan Loji Sembelihan Luar Negara pada 24 hingga 26 Jun 2024 di Bilik Al Khawarizmi Aras 1 , Blok Akademik B, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah disertai seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan Pegawai Teknologi Makanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan turut dihadiri pegawai Jabatan Mufti.

Pelaksanaan kursus ini berobjektifkan bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran peserta mengenai pengurusan sebagai auditor pemeriksaan loji sembelihan dalam dan luar negara. Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini dikendalikan oleh Dr.Mohammad Razli bin Abdul Razak, Pengarah Bahagian Regulatori Veterinar , Puan Roshayati binti Mat Zin dari Bahagian Pengurusan Halal(BPH) JAKIM, Ustaz Mohd Amri bin Abdullah, Puan Vivi Saliza binti Sunani dari Ustaz Muhamad Hannan Syafiq bin Jamaludin, Puan Mahfudzah binti Mohamad dari dan Dr.Johari bin Abd Latif dari Sekretariat Majlis Halal Malaysia(SMHM) JAKIM.

Antara perkara-perkara yang diberi penekanan ialah berkaitan konsep penyembelihan dalam Islam, mengenalpasti ramuan kritikal permohonan produk berasaskan haiwan, peranan veterinar dalam prosedur permohonan dan pengiktirafan rumah sembelih dan loji pemprosesan produk import berasaskan haiwan. Kursus turut menekankan prosedur pengauditan halal rumah sembelih dan loji pemprosesan luar negara, di samping itu juga peserta didedahkan dengan Malaysian Protocol For The Halal Meat and Poultry Production bagi melihat keperluan halal Malaysia terhadap rumah sembelih dan loji pemprosesan produk berasaskan haiwan.

Semoga kursus yang telah dijalankan ini mampu meningkatkan dan mengukuhkan lagi pengetahuan dan kompetensi sebagai seorang auditor dalam pemeriksaan rumah sembelih dan loji pemprosesan produk berasaskan haiwan dalam dan luar negara.