WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 20 Jun 2024 – Program Ibadah korban bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwah, malah menyuburkan semangat kerja berpasukan dan gotong royong dalam kalangan umat Islam.

Sempena Hari Raya Aidiladha 1445, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) tidak ketinggalan dalam melaksanakan amalan bagi program tersebut. Seawal jam 7.30 pagi, perkarangan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah dihadiri sekitar 200 orang peserta bagi sama-sama melaksanakan ibadah korban.

Program Ibadah Korban ILIM yang berlangsung hari ini membabitkan kerjasama bersama rakan strategik iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Malayan Banking Berhad (Maybank). Sebanyak 12 ekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan. Agihan daging telah diedar kepada golongan asnaf yang berhampiran dan warga kerja ILIM, KPDN serta Maybank. Program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja.

Program Ibadah Korban tahun ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM dan YBhg. Dato' Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN bersama barisan pengurusan tertinggi KPDN. Semoga perlaksanaan ibadah korban ini dapat memperkuatkan ikatan silaturhaim kekeluargaan dan masyarakat sekaligus dapat menjalin kebersamaan dalam masyarakat.