BANGI - ILIM melalui Program Teras telah menyertai Majlis Rukyah Hilal Zulhijjah 1445h/2024m di Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.
Majlis Rukyah telah disempurnakan oleh YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan turut diiringi oleh Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Jabatan Mufti Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Negeri Perlis, Ahli Parlimen Kangar, ADUN Kuala Perlis dan Ketua Jabatan / Agensi Agama Negeri Perlis dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM.
ILIM di ketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, ILIM, iaitu Tuan Haji Mohd Roska bin Mohamed Rasidek dan pegawai-pegawai dari ILIM serta para pelajar dari UiTM, Arau dan KUIPs, Kuala Perlis. Majlis dimulai dgn cerapan matahari dan diikuti cerapan HILAL. Peralatan yang digunakan adalah teleskop skywatcher dan kamera Canon DSLR.
Hasil cerapan di sini, HILAL tidak kelihatan atas faktor awan yang tebal. Alhamdulillah di beberapa tempat di Malaysia HILAL kelihatan.