Pelaburan adalah satu bentuk perancangan kewangan. Penjawat awam antara sasaran yang sangat perlu mepunyai ilmu perancangan kewangan. Ilmu ini bagi membezakan keperluan dan kehendak dalam berbelanja. Juga boleh mengurangkan risiko serta tidak telibat dengan perbelanjaan, hutang yang tidak sepatutnya yang boleh menggangu tugasan mereka. Oleh itu, dalam merungkai isu berkaitan pengurusan kewangan, ILIM telah melaksanakan Kursus Pengurusan Kewangan Islam (Smart Pelaburan) yang berlangsung secara bersemuka bemula 11 hingga 13 Jun 2024 di Institut Latihan Islam Malaysia.
Pengisian slot kursus telah dijayakan oleh beberapa orang penceramah iaitu En. Wan Amyrajh Fairash bin Wan Abdul Hamid. Kursus ini telah mendapat sambutan yang amat baik dan dihadiri seramai 52 orang yang terdiri dari kalangan penjawat awam daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred.
Objektif utama kursus tersebut adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman serta kemahiran tentang pengurusan kewangan Islam berkaitan pelaburan. Antara tajuk yang dibincangkan:
- Pengurusan kewangan dan harta dari perpekstif syarak
- Pengurusan Hutang
- Pengurusan Pelaburan
- Insuran Dan Perlindungan
- Mengenal Pasti Penipuan Kewangan
- Lindungi Hutang Sedia Ada
- Sumber Pendapatan Melalui Platform Patuh Syariah
ILIM mengharapkan agar pelaksanaan kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam membantu menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran berkaitan pengurusan kewangan. Dengan adanya kursus sebegini, diharapkan juga dapat mengurangkan masalah pengurusan kewangan pribadi, hutang dan scammer pelaburan. Juga ia mempunyai pilihan dalam membuat pelaburan dan simpanan.