WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 7 Mei 2024 – Teknologi jam matahari merupakan peninggalan purba dari tamadun yunani sehingga kemunculan tamadun Islam telah melalui pelbagai perubahan inovasi yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat pada zaman tersebut dan penggunaan teknologi ini terus kekal relevan digunakan sehingga kini. Semasa zaman tamadun Islam, jam matahari telah dibina di setiap masjid dan digunakan oleh penjaga waktu (al-Muwaqqit) untuk memerhatikan masuknya waktu solat fardhu seterusnya memaklumkan kepada muazzin untuk melaungkan azan sebagai tanda telah masuk waktu solat.

Sehubungan itu, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan Islam (R&D), Program Teras telah membimbing peserta Program Eksekutif Pengurusan Hal Ehwal Islam (PEPHEI) Siri 1/2024 dalam slot amal jamaie untuk membina arca jam matahari ILIM bagi membangunkan kompetensi profesionalisme peserta dari segi kreativiti, daya cipta dan inovasi.

Arca jam matahari ILIM mengufuk berfungsi dengan menggunakan bayang matahari harian dari gnomon yang diukur berdasarkan latitud dan longitud ILIM untuk mengetahui waktu piawai tempatan, waktu piawai mekah, masuknya waktu solat zohor dan asar, petunjuk arah kiblat, tarikh takwim masihi, tarikh takwim buruj dan waktu istiwa tempatan.

YBhg. Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM telah menyempurnakan pelancaran produk acra jam matahari tersebut sempena penutupan Program Eksekutif Pengurusan Hal Ehwal Islam (PEPHEI) Siri 1/2024. Semoga inisiatif pembinaan acra jam matahari ILIM mampu mengangkat pembangunan latihan falak Malaysia di dalam dan luar negara.