WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

โž๐‘ป๐’‰๐’† ๐’‘๐’‚๐’Š๐’ ๐’š๐’๐’– ๐’‡๐’†๐’†๐’ ๐’•๐’๐’…๐’‚๐’š ๐’Š๐’” ๐’•๐’‰๐’† ๐’”๐’•๐’“๐’†๐’๐’ˆ๐’•๐’‰ ๐’š๐’๐’– ๐’†๐’๐’‹๐’๐’š ๐’•๐’๐’Ž๐’๐’“๐’“๐’๐’˜โž

Bandar Baru Bangi, 7 Jun: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penuh ucapan ta'zim di atas kesudian YBhg. Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Jam Matahari ILIM (Al-Mizwalah) dan Perasmian Penutup Program Eksekutif Pengurusan Hal Ehwal Islam (PEPHEI) Siri 1/2024 yang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Utama Bangi hari ini.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datoโ€™ Hj. Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, YBrs. PPj, (PA) Ghazali bin Abd. Rahman, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Selangor, YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM, para tetamu jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan JAKIM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam Daerah Sepang serta seramai 96 orang peserta yang telah selesai mengikuti sepenuhnya PEPHEI Siri 1/2024 yang berlangsung bermula daripada 6 Mei hingga 7 Jun 2024.

Majlis dimulakan dengan upacara memotong reben dan menandatangani plak perasmian Jam Matahari ILIM (Al-Mizwalah) oleh YBhg. Datin Paduka Ketua Pengarah JAKIM yang disumbangkan oleh peserta PEPHEI kepada ILIM, diikuti dengan dengan ucapan wakil peserta dan ucapan perasmian oleh YBhg. Datin Paduka Ketua Pengarah JAKIM. Turut diadakan dalam majlis ini ialah penyampaian Sijil Penyertaan, Sijil Asas Pertahanan Awam, persembahan daripada para peserta serta penyampaian hadiah kepada pemenang The Biggest Loser Challenge.

Dalam ucapan perasmian, YBhg. Datin Paduka Ketua Pengarah JAKIM berharap supaya para pegawai Lantikan Baharu JAKIM yang menjalani latihan ini dapat mempraktikkan nilai-nilai kerja bermutu tinggi yang telah diterapkan menerusi Modul PEPHEI yang telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung. Supaya JAKIM kekal relevan, beliau berharap supaya para peserta mestilah mempunyai daya ketahanan yang tinggi (๐‘Ÿ๐‘’๐‘ ๐‘–๐‘™๐‘–๐‘’๐‘›๐‘ก), anjal (๐‘“๐‘™๐‘’๐‘ฅ๐‘–๐‘๐‘™๐‘’),

tangkas (๐‘Ž๐‘”๐‘–๐‘™๐‘’) dan berinovasi (๐‘–๐‘›๐‘›๐‘œ๐‘ฃ๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘ฃ๐‘’) dan dilengkapkan dengan integriti yang tinggi. Beliau juga menyeru agar para peserta hendaklah menjadi PHEI yang berpaksi kepada masyarakat (citizen centric) dan berfikiran realistik serta sentiasa bersedia untuk menyelesaikan pelbagai masalah merentas kementerian dan agensi demi kesejahteraan ummah.

Di akhir ucapan, YBhg. Datin Paduka Ketua Pengarah JAKIM turut mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ILIM dan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya kepada rakan-rakan strategik di atas komitmen yang diberikan iaitu Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital Serdang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Shah Alam, Hospital Ampang, Hospital Kajang, Hospital Banting, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sepang. Beliau berharap semoga kolaborasi dan kerjasama yang telah yang sedia terjalin ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

๐™๐™–๐™๐™ฃ๐™ž๐™–๐™ ๐™—๐™ช๐™–๐™ฉ ๐™จ๐™š๐™ข๐™ช๐™– ๐™ฅ๐™š๐™จ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™– ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ฉ๐™š๐™ก๐™–๐™ ๐™—๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™–๐™ฎ๐™– ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ฅ๐™ง๐™ค๐™œ๐™ง๐™–๐™ข ๐™ž๐™ฃ๐™ž.