BANGI, 31 Mei 2024 -Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Pembangunan Insan (PPI) telah menganjurkan Kursus _Daie Force_ Media Sosial pada 28 hingga 30 Mei 2024 bertempat di Bilik Ibnu Khaldun. Kursus tersebut dihadiri oleh 53 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam serta Pegawai Perkhidmatan Awam pelbagai skim dari seluruh Malaysia.
Kursus ini diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan serta kefahaman berkaitan dakwah di media sosial serta meningkatkan kemahiran dalam penyampaian dakwah kepada khalayak alam maya.
Pelbagai tajuk yang telah dikupas antaranya "Pengenalan Dakwah Media Baharu", "Canva AI : Revolusi Suntingan E-Poster Dakwah", "Platform _Content_ Dakwah Abad 21" dan "3 2 1 _Shoot_ : Teknik Merakam Video". Latih amal dan pertandingan turut dilaksanakan agar teori yang dipelajari dapat dikukuhkan dalam kursus ini.
Kursus ini menampilkan Profesor Madya Dr. Rosmawati binti Mohamad Rasit, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia
Semoga kursus ini dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran peserta dalam melaksanakan dakwah di media sosial serta melahirkan pempengaruh _(influenser)_ Islam yang berkompeten.