WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 30 MEI - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Pengurusan Sembelihan pada 28 hingga 30 Mei 2024 di Auditorium Al Ghazali , Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi.

Kursus ini telah disertai oleh 120 peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam JAKIM/JAIN/MAIN/Jabatan Mufti,Kader/Agensi Agama,FELDA,JPA,IPTA/IPTS,Kementerian dan lain lain agensi.

Objektif kursus ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran dan keyakInan pegawai dalam menguruskan dan mengendalikan urusan penyembelihan haiwan. Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Hawari bin Hassan dari JPN, Ustaz Mohamad Nasir bin Sulaiman dari SMHM, Dr.Mohd Aizam bin Masod, Ustaz Shamsul Bahari bin Dahalan dari JHEAINS, Ustaz Abd Fatah bin Yusof dari BAKA dan Tuan Syed Abdul Rahim bin Syed Abdul Rashid.

Antara perkara-perkara yang diberi penekanan ialah berkaitan konsep penyembelihan dalam Islam dan sains, MS1500:2009 Halal Food, Isu semasa berkaitan penyembelihan , Garis panduan korban dan juga praktikal menyembelih seekor lembu dan ayam.

Semoga kursus yang dijalankan memberi pengetahuan dan meningkatkan kompetensi pegawai dalam pengurusan halal.