Bangi, 30 Mei 2024 | Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Pembangunan Insan (PPI) telah mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi Islam Berteraskan Maqasid Syar' iyyah bertempat di Bilik Kuliah Al-Khawarizmi, Blok Akademik B, ILIM Kampus Utama Bangi.
Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 28 hingga 30 Mei 2024 telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, MAIN, JAIN dari seluruh Malaysia, Pegawai Kader JAKIM di Agensi dan Kementerian dan juga Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).
Objektif perlaksanaan kursus ini antara lainnya bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai pengurusan organisasi Islam berteraskan prinsip-prinsip Maqasid Syar'iyyah serta peranannya dalam konteks perkhidmatan dan pengurusan awam di Malaysia .
Modul latihan ini meliputi Kepentingan Maqasid Syar'iyyah dan Aplikasinya Dalam Pengurusan Organisasi Islam, Cabaran Pelaksanaan Maqasid Syar'iyyah Dalam Pengurusan Organisasi di Malaysia, Ijtihad Menurut Perspektif Siasah Syar'iyyah Dalam Organisasi Islam, Kemahiran Membuat Keputusan Berasaskan Maqasid dan Kaedah Fiqh, Pemikiran Strategik Mengikut Prinsip Maqasid dan Peranan Maqasid Syar'iyyah dalam Konteks Menangani Isu Semasa dalam Masyarakat Malaysia.
Kursus ini menampilkan beberapa penceramah jemputan diantaranya Prof. Dr. Arieff Salleh bin Rosman (UTM), Prof Madya Dr. Abdul Rahim bin Zumrah (USIM), Dr. Mohd Zaidi bin Abf. Rahman (UM) dan Dr. Muhammad Safwan bin Harun (UM).
Majlis Perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
Semoga kursus ini dapat mencetus paradigma dan semangat kepada pegawai-pegawai dalam meningkatkan mutu selaku penjawat awam.
Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut : https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan : https://itis.islam.gov.my/