WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 29 Mei: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah mengadakan Bengkel Brainstorm Pemantapan Kursus Khas Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) Luar Negara pada 28-29 Mei 2024 (Selasa-Rabu) bertempat di Bilik al-Sibawaih, ILIM.

Tujuan bengkel ini diadakan bagi memantapkan objektif, pengisian, pengurusan dan lain-lain perkara berkaitan penambahbaikan pengurusan dan penganjuran kursus bagi memenuhi keperluan dan kehendak JAKIM. Antara perkara yang dibincangkan merangkumi:

(i) Objektif;

(ii) Modul, Outline dan Isi Kandungan;

(iii) Pengurusan; dan

(iv) Tempoh.

Seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada alumni Kursus Khas PHEI di Mesir dan United Kingdom telah menghadiri bengkal ini bagi berkongsi pendapat dan saranan. Bengkel telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.

Bengkel ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dalam meningkatkan mutu dan kualiti kursus luar negara bagi melahirkan pegawai yang kompetetif dan berkemahiran tinggi.