WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Kuala Lumpur, 27 Mei 2024 – Perpustakaan Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Bangi telah mengadakan Lawatan ke Petrosains, The Discovery Centre KLCC sempena Program Cuti Sekolah bersama anak-anak warga kerja ILIM Kampus Bangi.

Seramai 29 orang kanak-kanak dan 7 orang pengiring telah bersama-sama menjayakan Program Cuti Sekolah ini. Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan anak-anak ke arah dunia sains dan teknologi. Ia juga bagi memberi pendedahan secara tambahan mengenai dunia petroleum dan galian minyak.

Dengan pameran mengenai sains dan teknologi serta bahan galian, aktiviti jangkauan dan jangkauan yang menjadikan pembelajaran STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) di Petrosains menyeronokkan. Petrosains memupuk minat dalam STEM dan memacu penciptaan generasi baharu rakyat Malaysia yang berfikiran sains dan teknologi, berinspirasikan inovasi. Semoga program seperti ini akan membantu meningkatkan kemahiran dan minat anak-anak warga ILIM supaya lebih menyukai STEM.