WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Kundasang, 24 April 2024 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Cawangan Khidmat Pengurusan dengan kerjasama ILIM Kampus Kundasang telah mengadakan Kursus Perakaunan Aset: Pengaplikasian Dalam Sistem iGFMAS kepada Pegawai Aset dan Stor, Kewangan, Selenggara PTJ JAKIM dalam pelbagai skim dan gred. Kursus ini dilaksanakan bermula pada 23 hingga 25 Mei 2024 bertempat di ILIM Kampus Kundasang, Sabah.
 
Objektif utama kursus adalah meningkatkan pengetahuan dan kefahaman konsep perakaunan aset dalam pelaksanaan perakaunan akruan kerajaan dan pemakaian MPSAS, latihan amali Modul Perakaunan Aset di dalam sitem iGFMAS dan memdedahkan kepada semua peserta mengenai pengurusan dan tatacara perakaunan aset kerajaan.
 
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 24 orang peserta daripada PTJ JAKIM. Seramai dua (2) orang penceramah dan fasilitator telah diundang khas dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah bagi menjayakan kursus ini iaitu Nur Izzah Amiesha Abang Mostapha, Akauntan dan Puan Nurul Izyan Abdul Malik, Penolong Akauntan.
 
Majlis penutupan kurus ini telah disempurnakan oleh Tuan Syed Abdullah Al-Jufri Said Maamor@Maar, Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM) Kampus Kundasang.
 
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu dapat melaksanakan perakuanan akruan kerajaan, Perakaunan Aset di dalam sitem iGFMAS dan pengurusan tatacara perakaunan aset kerajaan di semua PTJ JAKIM.