BANGI, 20 Mei 2024 : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard(JIPS), Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia yang diketuai oleh Puan DSP Norziariah Salleh, Timbalan Ketua, JIPS bersama barisan pengurusan JIPS.
Pertemuan ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Uthman, Aras 2, Blok Pentadbiran ILIM pada jam 9.30 pagi. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM. Antara intipati perjumpaan ini ialah perbincangan mengenai hubungan strategik ILIM - JIPS berhubung latihan berkualiti kepada Pegawai dan Kakitangan PDRM.
Diharapkan juga dengan sesi perbincangan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak seterusnya membawa kebaikan kepada ummah. Delegasi JIPS turut dibawa melawat Galeri Falak Syeikh Abdul Aziz An-Nayyiri , Falak Competency Training Centre (FALCOM), ILIM yang berkonsepkan inovasi dan kreativiti memaparkan 5 seksyen utama iaitu seksyen falak alam melayu, seksyen takwim hijri, seksyen arah kiblat & waktu solat, seksyen objek samawi serta seksyen artifak & audio visual.