WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 25 April 2024 - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Asas Kompetensi Juruaudit Halal 2024 pada 22 hingga 25 April 2024 di Auditorium Al Shafie , Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah disertai oleh 54 peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM/JAIN/MAIN .

Objektif kursus ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan pegawai dalam menguruskan dan mengendalikan urusan berkaitan juru audit halal. Kursus yang berlangsung selama empat (4) hari ini dikendalikan oleh Dr. Mohd Aizam bin Masod, Ustaz Shahrul Ridhwan, Puan Nor Ardzlina binti Mahmod, Puan Izan Muhaimin binti Mohd Razali, Puan Sakinah binti Mohammad , Puan Rosa Adrianne binti Anuar, Puan Roshayati binti Mat zin dan Puan Rashidah. Perkara-perkara yang diberi penekanan ialah berkaitan MPPHM (Domestik) 2020 dan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi sebagai juru audit.

Semoga kursus yang dijalankan memberi pengetahuan dan meningkatkan kompetensi pegawai dalam pengurusan halal.