Bangi, Program Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), JAKIM telah mengadakan Kursus Pemahaman Akidah dan Pemikiran Islam Semasa. Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 23 April 2024 hingga 25 April 2024.
Kursus ini adalah bermatlamat antara lainnya untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman peserta berkaitan kepentingan agama dan akidah dalam kehidupan manusia. Peserta mendapat penjelasan tentang akidah Islam yang sebenar serta didedahkan berbagai penyelewengan ajaran sesat semasa yang menjadi ancaman kepada akidah masyarakat dan keselamatan negara. Seramai 37 orang Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, JAIN, MAIN, Jabatan Mufti, KAGAT, Felda dan lain lain agensi telah menyertai kursus ini.
Kursus ini juga bagi memupuk minat peserta mencintai dan memperjuangkan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan kefahaman akidah Islam yang sebenar. Para peserta telah memberi respon dan penglibatan yang sangat positif semasa sesi-sesi program berjalan.
Seramai lima orang penceramah telah dijemput menyampaikan berbagai tajuk dan membincangkan berbagai isu berkaitan akidah Islam dan pemikiran Islam semasa. Semua penceramah adalah pakar dalam bidang bidang berkaitan. Mereka adalah Dr. Mohd Farid bin Shahran (IKIM), Prof. Madya Dr. Muhammad Khairi bin Mahyuddin (USIM), Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali dan Dr. Arifin bin Ismail (Penceramah bertauliah).
Dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang akidah Islam dan pemikiran Islam semasa sekaligus menjadi benting diri juga masyarakat daripada sebarang penyelewengan akidah dan pemikiran yang membimbangkan sedang menular di dalam berbagai media sosial dan masyarakat.