WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Kundasang, 24 April 2024 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadith) dengan kerjasama ILIM Kampus Kundasang telah mengadakan Kursus Pemahaman Tafsir al-Quran dalam Pengurusan dan Pentadbiran Awam kepada Pegawai Kader JAKIM di Agensi/ Jabatan, Pegawai JAIN/MAIN serta Pegawai di Agensi/Jabatan di sekitar Negeri Sabah dalam pelbagai skim dan gred. Kursus ini dilaksanakan bermula pada 22 hingga 24 April 2024 bertempat di ILIM Kampus Kundasang, Sabah.

Kursus ini dibimbing oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu YBhg. S.S. Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz bin Hj. Jaafar (Mufti Kerajaan Negeri Sabah),YBrs. Ustaz Md Razali Saibin (Pensyarah Universiti Malaysia Sabah) dan YBrs. Ustaz Mohd Yusuf bin Din @ Mohamed Nasirudin (Konsultan Think Quran).

Majlis penutupan kurus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu mampu meningkatkan kefahaman peserta mengenai ilmu tafsir al-Quran dan meneroka ilmu ini dengan lebih mendalam lagi serta membina kemahiran peserta untuk mengaplikasikan tafsir al-Quran dalam aspek pengurusan dan pentadbiran awam agar dapat memantapkan penyampaian perkhidmatan dengan lebih berkesan.