WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 23 April 2024 | Dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya membaca dan mempunyai minda kelas pertama, Cawangan Khidmat Pengurusan melalui Unit Perpustakaan telah menganjurkan Program Jom Baca 10 Minit.

Sorotan Program Jom Baca Bersama 10 Minit @ ILIM 2024 dengan tema “Pembacaan Melestarikan Perpaduan” yang berlangsung pada 23 April 2024 (Selasa) dari pukul 11.00 pagi hingga 11.10 pagi di Blok Pentadbiran Utama, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Utama Bangi.

Program ini merupakan program utama bagi sektor Perpustakaan sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan bertujuan meningkatkan amalan dan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

#ilimmembaca

#bangsamembacabangsaberjaya

#MalaysiaMembaca

#jombacabersama10minit2024