Bangi, 14 Mac 2024 - Telah berlangsung hari ini, Diskusi Ramadhan siri pertama secara dalam talian di Institut Latihan Islam Malaysia yang di sampaikan oleh YBhg. Us. Muhammad Furqan bin Abdullah, Eksekutif Kanan, Unit Syariah, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIP) bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Diskusi ini telah mendapat sambutan yang amat baik dan telah dihadiri seramai 710 orang, yang terdiri daripada para penjawat awam dan masyarakat termasuk juga peserta daripada luar negara.
Objektif utama diskusi untuk memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan infaq, sedekah, zakat, wakaf dan hibah. Antara pengisian yang disentuh dalam diskusi tersebut ialah:
- Ramadhan Bulan Al-Quran
- Tadabbur Ayat Infaq
- Infaq Ciri Muttaqin
- Infaq Jadi Amalan Ruji
- Aulawiyyat Dalam Infaq
- Infaq Dengan Ihsan
- Tatacara Berinfaq (1-5)
- Ramadhan Bulan Dermawan
- Kemuliaan Infaq Ramadhan
- Kesejagatan Infaq
- Infaq Sepanjang Zaman
- Infaq Terbaik
- Kehebatan Berinfaq (1-5)
- Nafkah
- Wakaf
- Zakat
ILIM mengharapkan dengan pelaksanaan diskusi ini dapat mencapai objektifnya. Ia juga membantu menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kefahaman berkaitan infaq secara keseluruhannya. Infaq ini dapat diterjemahkan secara pengamalan untuk meningkatkan lagi kemajuan masyarakat melalui muamalah Islam.