WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 07 Mac 2024 | Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Pembangunan Insan (PPI) telah mengadakan Kursus Pemantapan Profesionalisme Tatakelola Masjid bertempat di Bilik Kuliah Abdul Qadir Al-Jailani, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi.

Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari iaitu pada 05 hingga 07 Mac 2024 telah dihadiri oleh seramai 22 orang peserta yang datang dari pelbagai Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia. Kursus ini menggunakan sepenuhnya modul dan kepakaran ILIM.

Objektif perlaksanaan kursus ini antara lainnya adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai institusi masjid serta memperkasakan keupayaan peserta dalam pengurusan, pentadbiran dan pengimarahan masjid secara lebih cekap dan menyeluruh.

Modul latihan meliputi Aspek Tatakelola Masjid Berasakan Maqasid Syar' iyyah, Aplikasi Fiqh Siasah Syar' iyyah Dalam Pengimarahan Masjid Masa Kini, Aplikasi Pembangunan Lestari (SDG) Dalam Pengurusan Masjid, Pengurusan Dana Masjid Berteraskan Amalan Terbaik dan Pembudayaan Masjid Mesra Jemaah.

Para peserta turut didedahkan dengan program Rumah Ibadat Hijau di Masjid Al-Hasanah, Bangi sebagai perintis untuk menjadikan fungsi masjid bukan sahaja tempat ibadat, malah mampu menyumbang kepada kelestarian. Kursus ini mendapat maklum balas yang sangat baik dari kalangan peserta dalam meningkatkan profesionalisme imam dalam hal ehwal tatakelola masjid ke aras memperkasakan institusi masjid secara keseluruhannya.

Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut : https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan : https://itis.islam.gov.my/