Bangi, 23 Februari 2024 - Program Kecergasan dan Kesihatan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah diadakan pada 23 Februari 2024 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama Bangi, Selangor.
Antara aktiviti yang diadakan ialah Program Saringan Kesihatan dan Langkah Ceria ILIM. Program ini diraikan secara bersama-sama untuk mencapai budaya kehidupan yang sihat.