WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 5 Januari — Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Puan Nor Safina Zainal telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Dipertua Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM), YBrs. Tuan Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer.

Hadir bersama dalam kunjungan hormat ini adalah Encik Syed Musa-Alkadzim Albar, Wakil Rabithah Alawiyah Malaysia, ⁠Puan Sharifah Shazwani binti Syed Mohamed, Timbalan Setiausaha PFSM, Puan Salmah binti Abu Hasan, AJK PFSM dan Encik Ahmad Ibrahim Azam, AJK PFSM.

Turut menerima kunjungan hormat ini, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Dasar Latihan, Puan Zaizurina binti Mansor, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam, Puan Adawiah binti Lias, Pendaftar ILIM, Encik Mohd Shahril bin Muhamad Azmi, Ketua Penolong Pengarah, Puan Zaharah binti Abas dan Encik Mohd Nazri bin Abdul Majid.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk meneroka ruang kerjasama dan mengeratkan hubungan antara PFSM dan ILIM serta bertukar pandangan dan maklumat mengenai ilmu dan peranan falak ke arah kecemerlangan dan kegemilangannya di negara ini.

Sesi Kunjungan hormat telah dimulakan dengan sesi menandatangan buku pelawat dan seterusnya sesi taklimat oleh ILIM dan PFSM. Kemudiannya diteruskan dengan sesi lawatan ke Falak Competency Training Centre (FALCOM), ILIM yang berkonsepkan inovasi dan kreativiti memaparkan 5 seksyen utama iaitu seksyen falak alam melayu, seksyen takwim hijri, seksyen arah kiblat & waktu solat, seksyen objek samawi serta seksyen artifak & audio visual.

Semoga kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua pihak serta dapat mengimarahkan pembangunan ilmu falak di negara ini.