"๐พ๐ถ๐๐ด๐ข๐ด ๐ ๐๐ฏ๐ ๐ต๐ฆ๐๐ช๐๐ฑ๐๐ฌ ๐๐๐ฏ๐๐จ๐ ๐ท๐ข๐๐ข๐ ๐๐ฆ๐๐ช๐๐จ๐๐ข๐ก๐ฌ๐๐ฏ ๐๐๐ฎ๐๐ฆ๐ก๐ฆ๐๐ด๐ ๐๐ฆ๐๐ข๐ค๐ข๐ ๐ ๐ถ๐๐ฅ๐๐ฏ๐๐ค๐๐ณ๐ ๐พ๐ฆ๐๐ฆ๐๐ถ๐๐ณ๐๐ข๐๐ฏ ๐๐ ๐ญ๐๐ฎ ๐ฅ๐๐ฏ ๐๐๐ถ๐๐ด๐๐ญ๐๐ณ ๐๐๐ญ๐๐ฎ ๐๐๐ฑ๐๐ฏ๐๐ข๐ ๐พ๐ฆ๐๐ซ๐" -Peserta
BANGI, 14 September 2023 -Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Pembangunan Insan (PPI) telah menganjurkan Kursus Sijil Tinggi Kaunseling Syar'ie dan Pengurusan Rundingcara Kekeluargaan Islam [Tahap Lanjutan]. Berlansung selama empat (4) hari iaitu bermula pada 11 hingga 14 September 2023 bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini merupakan program anjuran bersama Seksyen Siasah Syar'iyyah di bawah Program Pembangunan Insan (PPI) ILIM Kampus Utama Bangi dengan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM.
Kursus tersebut dihadiri seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam daripada JAKIM, Kader JAKIM di Kementerian, MAIN dan JAIN termasuklah Pegawai Rundingcara Kekeluargaan Islam dari seluruh Malaysia.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai Kaunseling Syar'ie dan Pengurusan Rundingcara Kekeluargaan Islam.
Disamping itu, objektif yang disasarkan ialah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam mengaplikasikan teknik-teknik kaunseling syarie kepada klien serta mampu mengendalikan sesi rundingcara kekeluargaan Islam dengan lebih berkesan lagi.
Pelbagai tajuk yang telah dikupas antaranya โโPendekatan I'laj Dalam Kaunseling Syar'ieโโ, โโTerapi Ruqyah dalam Al-Quranโโ, โโIsu-Isu Semasa Dalam Undang-Undang Keluarga Islam", "Pengendalian Kes Kesihatan Mental" dan lain-lain. Peserta turut diberikan penilaian dan pemarkahan oleh juri ketika membuat pembentangan berkaitan kajian kes isu-isu semasa kekeluargaan yang pernah dikendalikan.
Kursus ini juga menampilkan Dr. Haji Mohd Noor bin Saper, Pensyarah Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) sebagai penceramah danย juri jemputan. Kursus diserikan lagi dengan ucapan alaun yang disampaikan oleh YBrs. Haji Mohd Norizan bin Abd. Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM. Seterusnya majlis diteruskan dengan Ucapan Perasmian Penutup yang disampaikan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah kanan ILIM.
Semoga kursus ini dapat menjadi pencetus paradigma & semangat kepada pegawai-pegawai rundingcara kekeluargaan Islam dalam meningkatkan mutu selaku kaunselor Syarie yang hebat dan berwibawa.
ย