Bangi, 7 Julai - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Makmal Simulasi Penceramah dan Fasilitator Kursus Smart Integriti kepada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM. Program yang melibatkan seramai 25 orang peserta daripada ILIM ini diadakan pada 6 hingga 7 Julai 2023 (Khamis-Jumaat) bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Sina, Aras 1, Blok B ILIM Kampus Utama Bangi. Antara kandungan program ini ialah Gamifikasi; Ice Breaking, Energizer, Real Time Talk, Explorace Integrity, Slot Ceramah dan Slot Penghayatan: Azam dan Tekad.
Antara tujuan dan objektif makmal simulasi ini diadakan adalah bagi pembentukan dan pemantapan pasukan penceramah dan fasilitator yang berkualiti. Program ini telah dikendalikan oleh Encik Zulkifli bin Tukiman dan dibantu oleh Puan Nor Junaidah binti Jaffar daripada Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Utama Bangi. Kandungan kursus ini memberi penekanan kepada para peserta mengenai teknik-teknik memudahcara yang perlu digunapakai oleh fasilitator untuk melaksanakan kursus Smart Integriti. Sepanjang mengikuti kursus ini juga peserta didedahkan dengan cara untuk mengendalikan gamifikasi dan slot-slot lain dalam modul Smart Integriti
Penganjuran program ini diharapkan dapat memantapkan kemahiran komunikasi serta keyakinan pegawai-pegawai untuk memimpin tugas sebagai fasilitator dan penceramah yang baik.