WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 2 Julai - Korban merupakan satu ibadah agung yang bersumberkan daripada sejarah besar Nabi Ibrahim kepada anaknya Nabi Ismail dan disyariatkan juga untuk umat Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, umat Islam dituntut untuk melaksanakan ibadah korban tersebut.

Seawal jam 7.30 pagi, perkarangan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah dihadiri sekitar 150 orang peserta dari pelabgai lapisan umur bagi sama-sama melaksanakan ibadah korban.

Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina Zainal hadir bagi menyempurnakan Majlis Korban ILIM 2023, anjuran bersama Kelab Kebajikan Warga ILIM dan Surau Salahuddin Al-Ayyubi. Sebanyak dua ekor lembu telah disembelih untuk diagihkan kepada golongan asnaf dan petugas-petugas program korban.

Semoga perlaksanaan ibadah korban ini dapat memperkuatkan ikatan silaturhaim kekeluargaan dan masyarakat sekaligus dapat menjalin kebersamaan dalam masyarakat.