LAWAS, 26 Jun –Insitut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, melalui Unit Pengurusan Islam telah berjaya mengadakan TOT Bahasa Arab Dalam PDPC Daerah Lawas bagi Siri yang ke-2 pada 24 hingga 25 Jun 2023. Program yang disertai seramai 45 orang peserta dari Daerah Lawas ini adalah bertujuan untuk memantapkan penguasaan bahasa arab di kalangan peserta melalui latih tubi dan simulasi.
Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia Daerah Lawas iaitu Encik Mohamad Khairul Dhamiri bin Romli dan Puan Saadiah binti Bali. Antara perkongsian ilmu sepanjang 2 hari kursus ini dilaksanakan ialah pengenalan teori dan praktikal adhomair, ismul isyarah, fi’il madhi, harfu jar wa zharaf dan juga al-arqam wal-a’dad.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Y.Bhg Ustaz Mohd. Fadilah bin Junaidi, Timbalan Pengarah Kampus, ILIM Kampus Lawas, JAKIM. Semoga kursus yang dihadiri ini dapat membantu dan memudahkan Guru KAFA dalam sesi pengajaran dan juga pembelajaran di dalam kelas.