Lahad Datu, 22 Jun - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Lahad Datu, JAKIM telah menganjurkan Kursus Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid pada 20 hingga 22 Jun 2023 iaitu pada hari Selasa hingga Khamis. Kursus ini telah disertai seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada imam-imam JHEAINS, Felda dan FGV di sekitar daerah Lahad Datu dan Tungku.
Pelaksanaan kursus ini bertujuan meningkatkan keyakinan dan daya kepimpinan pentadbir masjid dalam menghadapi cabaran masa kini, mengukuhkan hubungan kerjasama antara pentadbir masjid dan melahirkan pentadbir masjid yang mampu mempraktikkan strategi dan pendekatan yang holistik dalam pengurusan masjid.
Pelbagai slot menarik telah disampaikan oleh Ustaz Sahijuan bin Sariul iaitu Pegawai Penyelaras Masjid daripada JHEAINS Lahad Datu dan Ustaz Norisham bin Awang iaitu Pegawai JHEAINS Tungku. Antara kupasan ilmu yang disampaikan ialah Institusi Masjid : Pusat Penyatuan Ummah, Pengurusan Organisasi Masjid, Pengurusan Kewangan Masjid Pengurusan Pengimarahan Masjid, Pengurusan Mesyuarat, Rekod Data Masjid dan Latihan Dalam Kumpulan.
Program ini telah disempurnakan oleh oleh Ustaz Abdul Mutalib bin Abdul Rahim selaku Pengarah Kampus, ILIM Kampus Lahad Datu, JAKIM. Semoga program ini mencapai matlamatnya dalam memberikan kemahiran serta meningkatkan kefahaman peserta dalam bidang pengurusan dan pentadbiran masjid.