Lahad Datu, 8 Jun 2023: Unit Kefahaman Dan Kemahiran telah menganjurkan Kursus Fiqh Wanita bertempat di Bilik Kuliah Yusof Al-Qadhawi, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, JAKIM selama 3 hari bermula pada 6 hingga 8 Jun 2023. Kursus ini telah menarik minat seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam dan masyarakat awam di sekitar daerah Kunak, Semporna, Lahad Datu, Tungku, Tongod dan Sandakan.
Melalui kursus ini, para peserta telah diberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan dengan darah wanita serta kesannya terhadap status kesucian dan kesahan ibadah dan menjelaskan solusi bagi merungkai kekeliruan dalam mengenalpasti jenis darah serta tindakan yang seharusnya dilakukan. Antara pengisian yang disampaikan melalui kursus ini adalah Wanita Anugerah Terindah Daripada Allah, Fiqh Darah Wanita; Haid, Nifas & Istihadah, Kecantikan, Perhiasan & Pergaulan Wanita Menurut Syarak, Ibadah Wanita; Solat, Puasa & Latihan Dalam Kumpulan.
Semoga kursus ini dapat memberikan maklumat kepada peserta dalam mendalami ilmu fiqh seterusnya dapat diaplikasikan didalam kehidupan seharian dan meningkatkan amalan. Majlis ilmu ini diakhri dengan dengan sesi bergambar secara dalam talian di lokasi masing-masing.