WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 8 Jun 2023 - Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu telah menganjurkan Kursus Pemahaman Undang-Undang Syariah pada 6 hingga 8 Jun 2023 yang bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Rusyd, ILIM Kampus Lahad Datu. Kursus ini dihadiri seramai 50 orang yang terdiri daripada penjawat awam, kader dan imam dari setiap daerah di Pantai Timur Sabah.

Objektif utama ialah memberi pengetahuan dan kefahaman asas kepada peserta mengenai undang-undang Syariah dan peruntukan peruntukan yang berhubung dengannya, meningkatkan kemahiran peserta dalam mentafsir, mentadbir dan melaksanakan undang-undang Islam serta membentuk sikap, profesionalisme dan komitmen yang tinggi ke arah pelaksanaan undang-undang Islam dengan lebih berkesan di negeri ini.

Antara slot pengisian kursus ini iaitu Pengenalan Undang-Undang Syariah & Sejarah Penubuhan Mahkamah Syariah, Peranan & Bidang Kuasa Mal Mahkamah Syariah, Permohonan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, Kesalahan Di Bawah Enakmen Keluarga Islam, Pembahagian Harta Pusaka, Proses Pendaftaran Kes Mal & Jenayah dan Pembubaran Perkahwinan & Kesan Pembubaran.

Semoga kursus ini dapat memberi kemahiran kepada peserta untuk menjadikan undang-undang syariah sebagai satu panduan dan rujukan kepada peserta, pengamal undang-undang dan orang ramai.