WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 16 Jun 2023 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah berjaya melaksanakan Kursus Art of Leadership from Islamic Perspective 2023 – Siri II yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 14-16 Jun 2023.

Objektif kursus ini ialah untuk mendedah dan menjelaskan berhubung kepimpinan kendiri, personaliti diri dan individu yang dipimpin, meningkatkan pengetahuan gaya dan kaedah kepimpinan yang berkesan serta menambahkan kemahiran berkesan dalam berfikir dan bertindak secara sistematik serta strategik.

Seramai 24 orang peserta terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S48 dan S52 yang bertugas di Ibu Pejabat JAKIM, Darul Quran, IKMAS dan Jabatan Agama Islam Negeri telah menghadiri kursus ini.

Penceramah yang diundang bagi menyampaikan ceramah dalam kursus ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing iaitu Encik Syahmi Syazeril bin Azmi, Pn. Roslina Jantan@ Hussian dan Ustaz Long bin Kechik.

Kursus ini merupakan siri terakhir bagi tahun ini. Semoga dengan terlaksananya kursus ini dapat menyuntik semangat dan motivasi para peserta untuk memahami gaya kepimpinan menurut perspektif Islam dan barat untuk pembangunan diri, kerjaya dan organisasi.

Di dalam majlis penutup kursus, Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengungkapkan rumusan melalui kata-kata “if your actions inspire others to dream more, to learn more, do more and become more, you are a leader” sebagai penyuntik semangat kepada peserta kursus untuk menjadi pemimpin yang baik.