WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 16 Jun 2023 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Nikah, Cerai dan Rujuk yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 14 – 16 Jun 2023.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan meningkatkan kefahaman berkaitan pengurusan nikah, cerai dan rujuk yang berkuatkuasa di Malaysia.

ILIM telah mengundang empat penceramah pakar dalam bidang pengurusan nikah, cerai dan rujuk iaitu, Dr. Suhaizad bin Saifuddin, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Yuhaniz binti Mohd Yusof, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM dan Puan Azlina binti Soaed, Penolong Pengarah Kanan, Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Jabatan Agama Islam Selangor.

Seramai 37 orang peserta telah menghadirkan diri dalam kursus ini yang terdiri daripada pelbagai agensi dan skim perkhidmatan di Gred 19 – Gred 44. Kursus ini mendapat sambutan daripada peserta yang bukan agensi agama.

Semoga terlaksananya kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta seterusnya secara tidak langsung dapat memahami bahawa undang-undang dibuat untuk menjaga kesejahteraan masyarakat bukan untuk menyusahkan.