WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 15 Jun 2023 - Seramai 45 orang peserta dalam kalangan pegawai Hal Ehwal Islam daripada JAKIM, Kader JAKIM di Kementerian, JAIN, MAIN termasuk pegawai rundingcara kekeluargaan Islam telah mengikuti Kursus Sijil Tinggi Kaunseling Syaríe dan Pengurusan Rundingcara Kekeluargaan Islam (Tahap Asas).

Objektif kursus ini antara lain adalah untuk memberi pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan teori dan pendekatan kaunseling syarie serta pengurusan rundingcara kekeluargaan Islam yang merangkumi aspek fiqh munakahat, undang-undang kekeluargaan Islam dan pengurusan nikah, cerai dan rujuk termasuk kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan

Kursus yang berlangsung selama 4 hari ini adalah anjuran bersama Seksyen Siasah Syar'iyyah di bawah Program Pembangunan Insan (PPI) ILIM Kampus Utama Bangi dengan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM. Antara penceramah yang terlibat ialah Encik Mohd Syukri bin Kamis (Kaunselor Berdaftar), Encik Shaifulnizam bin Jamaludin (JAIJ), Dr. Suhaizad bin Saifudin (UKM), Encik Azhar bin Tuarno (ILIM), Puan Azlina bt Soaed (JAIS), Puan Haniza Hanim bt. A Rahim (JPN) dan Dr. Alyasak bin Berhan (JHEAINS).

Para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan yang amat berguna di samping isu-isu dan persoalan yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang memerlukan kepada pendekatan yang lebih sistematik dan efisyen agar dapat ditangani dengan lebih berkesan. Para peserta memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat baik di sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga ilmu yang telah dikongsikan oleh semua penceramah dapat difahami dan mampu diaplikasikan terutama dalam tugasan sebagai pegawai rundingcara.

Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut: https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan: https://itis.islam.gov.my/.