Bangi, 14 Jun - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Bengkel Rujukan Muktabar Glosari i-Sign bagi Komuniti Golongan Kurang Upaya Pendengaran (OKU) yang melibatkan seramai empat orang panel pakar bidang jenayat dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur yang berpengalaman luas dalam bidang jenayat iaitu Dr. Muhammad Ikhlas Rosele, Dr. Muhammad Safwan Harun, Dr. Mohd Shahid Mohd Noh, serta Dr. Nor Fahimah Mohd. Razif (Jenayat).
Bengkel yang diadakan selama tiga hari ini antara lain bertujuan untuk menyelaraskan rujukan muktabar bagi glosari i-Sign yang telah dibina. Rujukan muktabar ini amat penting diselaraskan bagi mendapat kelulusan Panel Pakar Syariah, JAKIM. Antara aspek yang diberi penekanan dalam bengkel ini adalah berkaitan rujukan muktabar setiap patah glosari i-Sign yang telah dibina. Selain itu panel pakar bidang ini juga memperkemaskan penerangan yang tidak bertepatan dengan maksud sebenar di dalam kitab yang dirujuk.
Semoga dengan terlaksananya bengkel ini, diharap dapat mempercepatkan proses pembentangan di Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM pada bilangan mesyuarat yang akan datang.
Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut : https://ilim.islam.gov.my/ms/
atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan : https://itis.islam.gov.my/
https://ilim.islam.gov.my/administrator/index.php?option=com_content&view=article&layout=edit#