WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 13 Jun 2023 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Seminar Muamalat 2023 “Rancang Harta Urus Pusaka” kepada penjawat awam dan masyarakat. Seminar tesebut telah dihadiri oleh lebih 500 orang peserta.

Objektif utama seminar adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan kepentingan pengurusan harta semasa hidup dan selepas kematian.

Sesi pembentangan telah disampaikan oleh Dr. Ashraf bin Ramli dari Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) dan Tn. Baharuddin bin Aziz dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

Antara kandungan yang telah disampaikan adalah berhubung hukum faraid dan peranan JKPTG dalam menyelesaikan tuntutan harta pusaka.

Manakala sesi forum pula telah dijayakan oleh Tuan Indera Shahril Mohd Shahid (Majlis Agama Islam Selangor), Puan Azmeen binti Zahari (Amanah Raya Berhad) dan Dr. Jaharuddin Padli Al-Banjari (Pertubuhan Perunding dan Pengamal Faraid Malaysia).

Forum ini telah membincangkan perlaksanaan berkaitan tata kelola. Penjelasan jenis-jenis harta pusaka dan bukan harta pusaka seperti;

  1. Harta yang telah dijual
  2. Harta yang telah di waqaf
  3. Harta hibah
  4. Pemegang amanah
  5. Harta pinjam
  6. Harta yang dicuri/haram

Peranan Baitul Mal juga sangat luas dalam terutama meyelesaikan zawi arham.

Pertubuhan Perunding dan Pengamal Faraid Malaysia menekankan tentang pemahaman dan aplikasi tentang ilmu faraid yang membahaskan pembahagian asal ashab furud mengikut bahagian ½, ¼, 1/8, 2/3, 1/6 dan asabah. Ahli keluarga perlu berbincang dalam menyelesaikan faraid keluarga masing-masing supaya tidak termakan harat-harta yang batil.

Amanah Raya Berhad juga sangat menitik beratkan kepentingan wasiat semasa hidup bagi mengharmonikan urusan selepas kematian dengan penjelasan panjang lebar tentang wasiat, hibah dan peranan Amanah Raya.

Seminar ini banyak memberi input kepada peserta terhadap kepentingan perancangan harta dan mengurus pusaka.