WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BESUT, 30 MEI HINGGA 1 JUN 2023 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) dengan kerjasama ILIM Kampus Besut telah Berjaya melaksanakan Program Transformasi Jakim 2023: Jakim Sejiwa Ke Arah Merealisasikan Malaysia Madani yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 30 Mei hingga 1 Jun 2023.

Objektif kursus ini ialah untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan peserta sebagai pelapis pemimpin masa hadapan, memperkukuhkan profesionalisme peserta dalam mendokong agenda perkhidmatan hal ehwal Islam dan memperkasa budaya kerja berpasukan dan cintakan organisasi.

Seramai 24 orang peserta terdiri daripada kumpulan perkhidmatan Pengurusan dan Profesional gred 48 dan 52 dari  Ibu Pejabat JAKIM dan lain-lain agensi telah menghadiri kursus ini.

YBrs. Dr. Muhamad Razak bin Idris, Setiausaha Politik Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Tuan Haji Zamri bin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YaDIM) merupakan panel yang diundang dalam slot Diskusi Transformasi dalam program ini.